(sambungan mAsiH ada yG sYg…bhgn 1&2)
Andai dihitung satu persatu kenangan yang menghiasi zaman kanak-kanak saya bersama arwah ayah, tentu sahaja saya lebih rela membilang burung-burung yang berterbangan di angkasa. Ohhh.. Terlalu banyak kenangan itu. Namun, ia tak pernah jemu untuk dikenang….
Hanya satu yang bermain di fikiran ini… “Mengapa aku??”
Hari demi hari…
Di sekolah baru, saya dipertemukan dengan Suraya, seorang insan yang kehilangan ayah tersayang seawal usianya 4 tahun…. “Alangkah bertuahnya aku dapat bermanja lebih lama bersama-sama ayah.”
Kemudian, menginjak ke Darjah 5, saya mengenali seorang insan yang sangat bertuah pada saya. Punyai segalanya, keluarga yang bahagia, bijak dalam pelajaran, dilimpahi kemewahan.. Namun… Dia tak sempurna pada fizikalnya… “Alhamdulillah sangat, aku sempurna.”
Di saat PMR semakin menghampiri, dengan kem motivasi yang tersusun untuk dihadiri, seorang teman sekelas, yang juga merupakan Ketua Kelas saya kehilangan ibu yang tersayang…. Bayangkan bagaimana perasaannya menghadapi kehilangan pada saat-saat yang genting… “Nasib baik aku ada ma lagi.”
Berada di sekolah baru, tentunya jarak yang memisahkanku dengan ma makin mengajarku erti kematangan. Melangkah ke tingkatan 5, pelbagai tanggungjawab menghujaniku. Di saat debaran kian terasa pabila tiba ‘Trial SPM,’ seorang teman seperjuangan kehilangan ayah buat selamanya. Menjadi seorang ‘anak ayah,’ memang bukan suatu yang mudah untuk menerima hakikat dia tak lagi dapat dibelai manja. Setiap malam kami memujuknya pabila dia tak henti menangis keseorangan…… “Mungkin ini sebabnya Allah ambil ayahku lebih awal.”
Peperiksaan percubaan SPM menjelang. Saya masih ingat. Hari tersebut merupakan hari yang paling mendebarkan buat saya. Bukan kerana saya bakal menjawab subjek ‘Add Math’ yang saya gemari, tapi… Entah mengapa debaran di dada saya tak henti-henti seawal dinihari lagi. Rupa-rupanya, ia petanda satu-satunya atuk saya telah kembali padaNya. Kelu lidah saat mendengar perkhabaran ma dari telefon. Dengan suara yang ditahan-tahan, saya merelakan untuk tidak pulang. Perjuangan di SESTER perlu saya teruskan. Dan cucu yang tidak ada pada saat pengebumian atuk hanya saya dan Abang Ngah (seorang lagi sepupu saya yang sedang berjuang sama seperti saya di SM Sains Machang)… “Allah sayangkanmu, Sakini.” Itulah bisikan yang memujuk hati saya.
Berada di matrikulasi UIA, Petaling Jaya…. Saat untuk melangkah ke semester seterusnya di tahun 2.. Saya dikejutkan.. ‘Ayah Muiz dah tak ada.’ Muiz merupakan sepupu yang paling rapat dengan saya. Mungkin kerana kami berada satu bumbung sejak dia masih kecil. Panggilan Ma turut dia gunakan untuk memanggil ma. Ketika itu, Muiz baru berusia 4 tahun. Bagai mengerti segalanya, dia mendekati ma.. “Ayah Iz dah tak ada ma. Sama macam ayah kak kini ngan kak eira kan??” Ma hanya mengangguk sambil menahan sebak…..
Ini hanyalah sebahagian rentetan peristiwa yang membawa saya mengenal erti syukur… Memandang tiap dugaan sebagai nikmat. Nikmat yang Allah sediakan untuk mendekatkan hambaNya kepada Yang Maha Agung.
Dan satu perkara yang sering saya pesan kepada diri sendiri…
“Pandanglah insan lain yang nasibnya tidak sebaikmu. Nescaya, jika dirimu sentiasa mendongak ke atas, akan jauhlah dirimu dari ERTI KESYUKURAN..”
~moga secebis kisah memberi secalit pengajaran~