‘Eid Mubarak for all Muslims around the world=)
Masih tak terlewat rasanya ucapan ini pada hari ke-9 Syawal bertandang mengambil alih tempat Ramadhan yang meninggalkan kita. Moga kita mampu mengecapi lagi kehadirannya pada tahun-tahun yang mendatang, insyaAllah…
Setiap seorang dari kita mempunyai kenangan Aidilfitri tersendiri. Walau bagaimana sekalipun coraknya, ia pasti takkan mudah untuk dilupakan…..
“Ma. Kepala adik sakit sangat.”
Lalu tangan si ibu terus memicit-micit kepala anaknya sehingga terlena di ribaannya
“Panas sangat dah ni. Kita pergi klinik ya. Dah makan panadol pun tak baik-baik lagi..” Si ibu memujuk si anak.
Di klinik… “Demam musim nie… Nanti baik la ni.” Ayat biasa seorang doktor..heeee
Singgah di restoran. Si ibu memesan nasi berlaukkan ayam bakar untuk anaknya. “Nasi separuh je ye dik. Satu bubuh udang. Satu lagi bubuh ayam bakar ye.”
Hanya tiga suap nasi yang mampu memasuki halkum si anak. Selebihnya, si ibu yang menghabiskannya. “Tak apa. Makan sampai mampu je. Yang tak abis, tinggal.”
Di rumah….
“Ma. Adik rasa macam nak makan sardin boleh tak ma? Yang tumis bubuh tomato, bawang besar. Lepas tu, perah asam limau nipis. Rasa macam sedap je..”
“Nak makan sardin… Boleh. Nanti ma pergi beli. Kedai Kak Cik tu ada rasanya. Sardin cap ayam sedap. Nanti ma tanya dia ada tak…”
Tudung dicapai untuk si ibu melangkah ke kedai.
“Lagi… Rasa nak makan apa?”
“Tak nak pape dah.” Gelengan turut menyusul sambil mata memerhatikan si ibu yang bersiap untuk ke kedai. Seketika, mata kembali terpejam menandakan tubuh memerlukan rehat…
“Dik… Bangun dik. Ma dah balik. Mari kita pergi dapur. Sementara tunggu ma masak sardin ni, boleh duduk sana. Nak makan biskut ke, kek ke, minum air milo ke… Jom bangun.”
Tangan si anak dipimpin ke dapur. Menjalarkan kasih sayang yang tulus murni buat zuriat yang pernah dikandungnya.
Di meja makan…. “Nak air milo? Ma buat…”
Si anak menggeleng.
“Ni ada lagi kek pisang raya ni. Ma potong ye..”
Si anak terus menggeleng. “Nak makan nasi dengan ikan sardin.”
Lantas si ibu teringat niat asal ke dapur. “Ok2. Nanti ma masak. Kejap je ni..”
“Ma… Nanti kita makan sama-sama ye.”
Si ibu mengangguk… “Boleh..” Sambil tersenyum.
Secebis kisah saya pada Aidilfitri tahun ini. Tambah menyedarkan saya erti kasih-sayang seorang ibu. Sebak makin terasa tatkala pipi ini diciumnya sebelum menaiki bas. Berat hati melepaskan puteri bongsunya dalam keadaan yang masih belum sihat sepenuhnya. Lalu, doa dititipkan buat perjalanan si anak sentiasa selamat menempuhi ranjau dunia.Kasih sayang yang tulus suci, tanpa pernah meminta sebarang ganti. Cukuplah dapat melihat si anak tersenyum gembira menghadapi hari-hari yang bernama kehidupan.
Itulah Ma saya. Wanita yang paling hebat di kaca mata saya. 14 tahun bersendirian menunaikan amanah arwah ayah untuk membesarkan saya adik-beradik, hanya insan yang sanggup diuji mampu mengaharunginya seorang diri. Dan kekuatan yang saya ambil darinya lah yang menjadi bekalan saya ke mana sahaja. Saya ingin menjadi setabahnya…. Walau dia takkan membaca coretan saya di alam canggih ini, namun saya ingin semua insan yang bergelar anak tahu, insan yang melahirkan kitalah yang sepatutnya sering menerima ucapan sayang dari bibir kita…..
Adik sayang sangat kat Ma!!!
bersyukurlah kerana mempunyai seorng ibu sperti itu…. ALHAMDULILLAH…
October 8, 2008 @ 10:20 pmhuuu…3-4 kali da baca tapi tatau nak cakap pe..sebab 3-4 kali gak terfikir banyak benda bile baca ni..banyak..
October 10, 2008 @ 11:05 ambuat jepah:
~terammat syukur buatNya..tak sanggup kehilangannya..moga diberi kesempatan untuk menggembirakannya…Ameen
buat HAsanah:
October 11, 2008 @ 12:33 am~heeeee…banyok benor terpikir 2…
banyak…
October 11, 2008 @ 8:34 amcubelah menggembirakan hati ibu… selagi terdaya… insyaALLAH, kite akan mendapat redha dr ibu dan Allah… ameen…
October 11, 2008 @ 10:12 pmterharunya..wanna to see her..
moga diberi kesempatan utk berjumpa dengan insan yang melahirkan sahabat buat saya..
ameen..ameen..ameen..
October 12, 2008 @ 5:19 amSalam kiniey… Sejuk perut seorang ibu apabila kita mengikut katanya kan? Ameen…
October 15, 2008 @ 12:43 pmbuat jepah:
~insyaAllah…hati ibu lah yg paling mudah tersentuh,namun amat mudah memaafkan…
buat z@ty:
~2la…dah lama zaty nak jumpa ma,tp xde peluang lg kan…InsyaAllah,taun depan balik g umah kini yek=)
buat 3p4h:
October 15, 2008 @ 9:52 pm~Wslm wbt epah… Btul… Tiada apa yg paling menggembirakan hati seorang ibu pabila anaknya dapat menjadi penawar yg paling mujarab=) s0,chaiyokkk 4 d best children*_^
insyaAllah ameen..smbg cerita cepat!!!
October 16, 2008 @ 11:27 amterharu..
sangat teringat ibu di malaysia.
November 7, 2008 @ 9:38 pmterima kasih untuk cerita ni.
cemburu mar dgn ‘adik’ tu..
December 31, 2008 @ 8:03 amhuuu~