:: kekUaTan sEbuaH kEnanGan ::

(sambungan….)

Masih segar dalam ingatan…

15 Jun 2005, petang Khamis… Akhirnya ayah akur untuk dibawa ke hospital setelah hmpir 2 minggu dipujuk oleh keluarga dan teman-teman… Ayah dimasukkan ke wad ICU HKL…

16 Jun 2005, pagi Jumaat, pukul 11.30 pagi… Ayah pergi menyambut seruan Ilahi.. Meninggalkan semua harta di dunia yang fana… Meninggalkan anak isteri tercinta….

Segalanya berubah…. Tiada lagi kenangan untuk diukir bersama ayah. Tiada lagi bersiar-siar di Ampang Park, mandi-manda di Ulu Yam pada hujung minggu, mengikut ayah ke mana sahaja (walau ke rumah kawannya), ‘berumah’ di pejabat ayah sebaik pulang dari sekolah, apatah lagi mencium tangan ayah setiap pagi sebelum turun dari kereta dihantar ayah ke sekolah….. Semua itu hanya kenangan untuk diabadikan, bukan untuk terus dilakar dan diukir…

Saya tak akan pernah melupakan peristiwa pada hari pertama di sekolah baru… "Awak, saya nak pinjam ’sharp’ boleh tak?" Saya bertanya kepada seorang teman baru. Mendengar perkataan ’sharp’ yang merupakan singkatan untuk ’sharpener’ menimbulkan riak hairan di wajahnya.. "Gapo tu?" Lantas saya menunjukkan benda yang dimaksudkan… "Hahaha.. Gorek la…" Ketawanya pecah. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Mereka mentertawakan saya… Terasa diri sangat hina.. "Orang KL.." Salah seorang menambah sambil mencebik. Saya hanya mampu berdiam diri…. Menangis di dalam hati….

~bersambung di siri seterusnya ya… Saya perlu ke kelas=)

August 27th, 2008 at 2:01 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Saya masih terbayang air mata yang mengalir di pipi ma setiap malam ma membaca Surah Yasin di kamarnya. Saya sering mengintai dari celah-celah pintu (ma… minta maaf sebab mengintai..) pabila mendengar suara sebak ma. "Kalau adik ingat kat ayah, adik baca Qul huAllah banyak-banyak ye," pesan ma tiap kali saya menyuarakan rindu yang saya tanggung pada insan yang telah tiada.

Lama-kelamaan, saya mula dapat membiasakan diri dengan suasana baru. Lidah saya mula dapat bertutur loghat ‘kelate’ =) Begitu jugak dengan akak. Usikan nakal daripada kawan-kawannya (sebenarnya budak-budak laki tu panggil akak ‘unta’, sebab akak tinggi..huuuu) sudah menjadi halwa telinga. Jika pada awal kepulangan saya, atuk yang menghantar saya ke sekolah, namun lama-kelamaan saya meminta untuk dibelikan basikal. Beriringan dengan kawan-kawan ke sekolah saat waktu fajar menjelma…. Ah, asyiknya kenangan itu. Ingin sekali saya kembali mengutip semula segala memori lalu. Tapi, sejauh mana saya gembira dengan suasana di kampung, ingatan saya pada kenangan-kenangan ketika sebelum berpindah ke Kelantan tetap segar. Lebih-lebih lagi pabila tiba waktu petang. Sebenarnya, saya ada satu ‘hobi’….. Menunggu arwah ayah pulang dari kerja, lalu berbaring di atas ‘bonet’ belakang kereta ayah. Nak buat apa??? "Nak tengok langit"=) Saya pun sukar untuk jelaskan kenapa saya suka sangat tengok langit. Cuma apa yang saya tahu, saya macam nampak refleksi "pantai yang berada di atas"… Cantik sangat..Subhanallah…

Saya sangat rindukan ‘hobi’ tersebut. Tapi, yang paling saya rindui….. Belaian ayah. Saya yang akan membawakan segelas air suam untuk ayah setiap kali ayah pulang dari kerja. Kemudian, terus duduk di ribaan ayah. Menonton TV hingga lewat malam dengan ayah (masa cuti..), menjadi ‘co-driver’ ayah setiap kali ayah ada ‘out-station’ ke Kelantan, memujuk ayah untuk ke Ulu Yam setiap hujung minggu…. Saya terlalu rindukan semua kenangan itu…

Kadangkala, terlintas di fikiran saya… "Kenapa ayah tinggalkan adik awal sangat?? Kenapa orang lain masih ada ayah?? Adik dah tak ada ayah….." Sederas air mata yang mengalir, sepantas itulah satu persatu kenangan bersama ayah menjelma di ruang mata…..

~nampaknya kena sambung nanti….. InsyaAllah=)

August 25th, 2008 at 7:25 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Untuk detik ini…

Untuk tika ini…

Pernahkah terlintas di benak kita… ‘Sejauh mana aku bersyukur??’

Cukup dengan Alhamdulillah???

Tanyalah hati kita…

InsyaAllah akan saya coretkan sesuatu untuk pengajaran kita bersama…=)

August 24th, 2008 at 9:14 pm | Comments & Trackbacks (2) | Permalink

Seorang kawan bercerita tentang debate di dalam kelas Parenting nya. Tajuk-tajuk yang diberikan oleh pensyarahnya amat menarik. Masakan tidak, pabila wanita ‘terpaksa’ menyokong bahawa “I have no problem with polygamy” merupakan pendiriannya, lelaki pasti akan tersenyum lebar=) huuuu.. Dapat saya bayangkan betapa hangatnya suasana di dalam kelas itu.

Serta merta kotak memori saya mula menggali kenangan pada hari paling bahagia buat akak saya. Menanti penuh debaran saat dirinya akan bertukar status. Menjadi sayap kanan buat insan bergelar suami. Akak melangkah ke alam perkahwinan pada ketika usianya menginjak 25 tahun. Maknanya, untuk saya ada 4 tahun lagi (heeee…)

Jika Ramadhan yang lepas merupakan Ramadhan pertama akak memasak juadah sahurdan berbuka buat seorang suami, tahun ini akak tentu akan lagi sibuk memasak di dapur dengan kehadiran Syamil sebagai ‘pembantu’ nya=) InsyaAllah, saya akan sama-sama merasai nikmat awal Ramadhan pada tahun ini dengan akak (ucapan terima kasih yang istimewa buat UIA kerana memanjangkan cuti pertengahan sem tahun ini..huuuu)

“Aku terima nikahnya Sakira binti Salleh dengan mas kahwin……….”

Suara Abg Mat bergema di dalam masjid itu. Masjid yang jaraknya beberapa puluh meter sahaja dari rumah saya. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, akak sah dimilki..

“Akak sekarang dah jadi isteri orang,” bisikku di telinga akak…

“Akak sedih, dik..” Seperti biasa, akak mengalirkan air mata, sambil tangan saya digenggam erat. Alahai.. Orang lain happy dapat kahwin, dia nangis pulak…huuuuu..

“Ish, sapu air mata tu. Nanti mak mentua tengok, dia ingat akak pikir dia tak sayang akak pulak.” Saya

cuba

membuatkan akak tersenyum.

Pada hakikatnya, jauh di dasar hati, saya faham apa yang membuatkan akak sebak. Kami membesar bersama-sama. Sudah pastinya akak terkenangkan insan yang sepatutnya menjadi walinya pada hari yang paling istimewa itu. Insan yang tak pernah meninggikan suara buat kami, apatah lagi mengangkat tangannya. Arwah ayah… (al-Fatihah buat ayah yang tercinta)

Abg E (Saidi Salleh), abang sulung saya yang menjadi wali untuk akak. Saya juga dapat lihat riak wajahnya sebak. Mungkin merasakan tanggungjawab besar yang dipegangnya bakal dilepaskan kepada seorang lelaki yang akan menjaga adiknya. “Mulai sekarang, Abg E dah tak bayar zakat fitrah Eira. Eira dah ada seorang suami.” Abg E bersuara kepada akak. Abg Mat yang berada di sisi akak mengangguk-angguk tanda memahami maksud sebenar Abg E. Tanggungjawab menjaga akak sudah terletak pada bahunya. Amanah yang diserahkan sebagia nakhoda kepada sebuah kapal yang belayar ke suatu destinasi. Apa yang paling pasti si nakhoda akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kapal tidak akan sesekali karam… Moga kasih akak dan Abg Mat tersimpul hingga ke negeri abadi…. Ameeen..

Dan saya??? Biarlah suratan yang Dia tetapkan mengiringi perjalanan hidup saya. Saya yakin… Teramat yakin yang Dia telah menetapkan yang terbaik buat hambaNya=) Just wait and see.. Kan?? Juga buat sahabat-sahabat tersayang.. Yakinlah… Dan berserahlah sepenuhnya kepada Yang Maha Agung…

August 24th, 2008 at 4:13 am | Comments & Trackbacks (9) | Permalink

“Dear Allah, the lady reading this is beautiful, classy, strong & ‘I LOVE HER.’ Help her live her life to the fullest. Please promote her and cause her to excel above expectations. Help her to shine in darkest places and love where it is impossible to love. I’d just sent this to my loveliest lady=)”

Mesej yang benar-benar menyentuh hati ini. Tak terkata saat membacanya. ‘Beginilah agaknya yang akak rasa.’ Saya berbicara sendirian. Mesej ini sampai di peti masuk telefon saya saat final touch I-QUEST 2008(di surau KOM), jadi saya hanya membacanya sepintas lalu sebelum kembali memfokuskan minda saya kepada agenda meeting…(insyaAllah memang fokus yang sebenar-benarnya..heeee). Meeting berakhir pada jam 1.30am (memang meeting yang betul-betul mantap kan?? Sampaikan saya terfikir ada tak menteri-menteri yang meeting macam kami… heeee..). Masing-masing pulang dengan penuh kelayuan. Maklumlah, 5 jam membincangkan masalah dan kelemahan yang berlaku sepanjang I-QUEST 2008 bukanlah waktu yang singkat untuk bersantai atau merehatkan minda.

Saya sampai ke blok dengan dihantar oleh committee yang berkereta(sebab masa tu kereta cik sanah dah selamat beradu). Terima kasih buat ‘si tuan punya kereta’ kerana menumpangkan kami walau pada mulanya saya dengan cik sanah membayangkan bahawa kami dapat berjalan-jalan menikmati udara lewat malam yang sudah semestinya takkan kami kecapi pada hari-hari biasa…

Tiba di bilik, sambil melepaskan lelah di meja study, saya kembali teringatkan mesej yang diterima tadi. Kata-kata itu terus saya tatap dan berulangkali membacanya. Terima kasih, Mar. Mar telah membuatkan Kak Kini dapat merasai walau secebis nikmat menjadi seorang kakak. Menjadi seorang anak bongsu, hati ini sering meronta-ronta untuk mempunyai adik. Sejak dari arwah ayah masih ada, saya sering membuat permintaan istimewa “Ayah, boleh tak adik nak ADIK?” Dan permintaan itu hanya disambut dengan senyumannya yang takkan pernah dapat saya lupakan hingga hari ini…(al-Fatihah buat arwah ayah.. Moga ayah tenang di alam sana..)

Mesej tersebut dihantar daripada seorang adik buat seorang kakak. Mar hanya punyai seorang abang dan selebihnya adik-adik. “Mana tahu nanti Mar boleh naik taraf jadi adik ipar Kak Kini.” Gurauan Mar yang mencuit hati saat saya mengatakan belum ada calon pabila Mar bertanyakan soalan ‘naik pelamin’ buat saya…(Mar.. Jangan rekemen betul-betul tau. Kak Kini gurau je..huuu)

Berbicara tentang seorang kakak, hati saya pasti terkenangkan akak… Kakak saya. SAKIRA SALLEH… Kakak yang terlalu baik buat seorang adik. Saya masih ingat bagaimana saya menangis teresak-esak pabila sedar dari mimpi saya kehilangannya. Lalu, nombor telefonnya terus saya dail. Tak dapat saya ungkapkan rasa syukur saat mendengar suaranya. “Adik doakan akak panjang umur ya. Jangan risau. Akak sihat..,” jawapan yang cukup melegakan saya.

Rupa-rupanya akak menyembunyikan sesuatu. Sudah hampir sebulan akak menanggung kesakitan. Mujurlah saya mengambil keputusan untuk mengambil lesen di Shah Alam pada cuti penggal yang lepas(atas nasihat ma). Berada di sisi akak, barulah saya tahu yang akak sering sakit di bahagian kanan abdomen. Dari satu klinik ke satu klinik si suami membawa isteri tercinta. Namun, keadaan akak tetap sama. Jalan terakhir, akak ke SJMC untuk melakukan full medical check-up. Terbukti, hasil keputusan daripada CT scan akak, terdapat 2 biji batu yang agak besar di dalam hempedu. Atau dalam bahasa perubatannya gallstones. Atas nasihat doktor, kata sepakat dibuat. Pembedahan perlu dilakukan dalam masa yang terdekat.

17 Mei… Tarikh akak akan dibedah. Ma sampai dari Kelantan. Syamil yang baru memasuki 7 bulan seolah-olah sangat memahami kesakitan yang ditanggung umi nya. Tak banyak kerenah dan keletahnya sentiasa membuat kami tergelak. Benarlah kata orang, anak merupakan kurniaanNya yang tak ternilai. Abg Mat tak putus-putus memberi kata semangat untuk akak(akak memang penakut…heeee). Disebabkan ma memang tak boleh bersendirian di hospital(ma masih tak dapat lupakan saat-saat bersama ayah di wad ICU HKL 13 tahun lalu), saya dengan sukarela menawarkan diri untuk menemani akak di SJMC. Ma menjaga Syamil di rumah. Manakala Abg Mat menjadi driver yang sentiasa menunggu untuk berkhidmat 24jam.

Pagi 17 Mei, telefon akak dihujani panggilan daripada adik-beradik yang lain. Ucapan selamat penguat hati moga semuanya berjalan lancar. Kak Ya di Perak tak henti-henti meluahkan kekesalan tak dapat bersama-sama menemani akak. Kak Ya sememangnya manja(walau dah menjadi ibu kepada 6 cahaya mata..huuuuu). Saya sempat bertemu akak sebelum dia dimasukkan ke bilik pembedahan. Ketika itu, hanya seorang yang dibenarkan menemui pesakit untuk satu masa. Saya memberi laluan untuk Abg Mat bertemu akak terkebih dahulu. Ma berada di bilik menunggu bersama cucunya. Sebaik sahaja Abg Mat keluar, saya masuk menemui akak. Wayar yang memenuhi tangannya membuatkan hati saya sebak. Ada air mata yang mengalir di pipinya. “Adik, akak takut…” Lalu, saya kesat air matanya. Kalau diturutkan kemanjaan saya, hujan air mata akan melimpahi bilik itu. Namun, saya kuatkan hati semata-mata untuk mengalirkan semangat buat akak. Saya nekad untuk tidak sekali-kali menangis. “InsyaAllah, tak ada apa-apa kak. Sikit je. Doktor akan buang batu tu, lepas ni OK lah. Lepas ni akak bolehlah jadi chubby, tak cekeding dah. Baru lah boleh lawan Syamil, “ pujuk saya sambil menyapu air mata di pipi akak. Walau hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu, saya hadiahkan akak senyuman yang paling manis. Akak tersenyum… “Adik keluar dulu ye. Good luck, kak. Adik tunggu akak dengan Syamil masa akak keluar nanti tau.” Dahi akak saya kucup.

Alhamdulillah, setelah menunggu beberapa jam, akak keluar dari bilik pembedahan. Seperti yang dijanjikan, Syamil saya rapatkan ke muka akak untuk dicium. Saya faham betapa rindunya akak pada zuriat yang dikendongnya ke mana sahaja selama 9 bulan itu. Syamil tersenyum. Menzahirkan rasa yang sama pada ibunya=) Syukur padaMu, Ya Allah…

Kami berkongsi segala-galanya. Saya merupakan satu-satunya adik buat dirinya. “Akak tak pernah rasa adik dah dewasa. Akak sentiasa rasa adik akak ni adik yang kecik-kecik dulu…” “Kalau macam tu, sampai bila-bila lah adik tak boleh kahwin. Macam mana kalau sekarang ni ada orang yang nak pinang adik??” Saya memang gemar menyakat akak. “Janganlah cakap macam tu. Akak dah rasa sedih ni. Macam terlalu awal untuk akak lepaskan adik.” Dapat saya lihat perubahan riak di wajahnya. Rasa bersalah pula saya. “Heee… Gurau jela. Macam budak kecik akak ni. Malu dekat Syamil tau..” Akak tersenyum mendengar kata-kata saya.

Teristimewa buat akak….. ADIK SAYANG SANGAT AKAK!!!!

Buat kalian yang tidak mempunyai kakak… Tak apa. Nanti dapat ‘kakak ipar’ yek.. heeee

(insyaAllah akan ada sambungan coretan kisah flashback saat akak menanti debaran untuk diijabkabulkan…)

August 23rd, 2008 at 1:01 am | Comments & Trackbacks (4) | Permalink

Rindu menusuk kalbu…

Untuk siapa??

Untuk coretan di dada blog ni…heeee

dah lama xcoretkan sesuatu…mmg btul2 lama…

InsyaAllah…dlm masa terdekat nie…blog ni akan kembali BERNAFAS=)

August 20th, 2008 at 6:05 pm | Comments & Trackbacks (1) | Permalink

Lebaran bakal menjelang..
Dah xlama… Tinggal lebih kurang spuluh hari je lagi. Ramadhan tahun nie terlalu pantas berlalu. Xlama lagi ia bakal pergi. Moga diri ini berpeluang untuk mengecapi nikmat Ramdahan lagi.. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen…

Bila tiba saat lebaran nie, hati dibuai rasa sayu… Terkenang pada insan yg sentiasa bertakhta di hati ini. Tambahan lagi, di saat diri ini berada di puncak menara gading. 12 tahun berlalu, namun bagai semalam dia pergi…….Di saat kebahagiaan demi kebahagiaan menyinari hidup kami sekeluarga, dia tiada di sisi..

Raja bagi keluarga kami. Pemegang takhta kerajaan kami… AYAH… Adik rindu sgt kat ayah.. Ketahuilah, hati ini xpernah berhenti merinduimu.. Dan pastinya xakan dapat melupakanmu hingga mata ini tertutup…

Saya teringat kata2 yg sering diucapkan oleh seorg ‘insan’ pada saya.. "Terima dgn redha. Allah lebih menyayanginya.."

Ya… Terima dgn redha.. Itu yg paling penting. Semua yg ada di dunia ini adalah milikNya. Terima kasih buat ‘insan’ tersebut… Katanya lagi, insyaAllah 1 hari nnti, saya akan dapat kecapi kasih sayang ayah yg telah lama saya rindui… Maknanya??? huhuhu….AYAH MENTUA la 2..^_^ xpe..ayah jugak kan…

Buat semua sahabat…
Hargailah apa yg ada di hadapan mata…
Jangan biarkan kita menghargai apa yg telah hilang dari pandangan…
Sempena Hari Yg penuh dgn kegembiraan nnti, pohonlah ampun dan maaf buat insan yg telah terlalu banyak berkorban buat kita…
Peluh yg mengalir setiap hari xpernah dihitung demi kebahagiaan kita….
Hanya untuk kita…
Anaknya yg tersayang….

So, dun eva miss it…
The chance….

Dun eva take things for granted…..

October 1st, 2007 at 8:46 am | Comments & Trackbacks (1) | Permalink

" Biar sendiri hingga hujungnya… Agar xsepi dari kasihNya… Kerna sesungguhnya hakikat cinta… Hanyalah Dia Yg Esa.."

   ’Sendiri?? Mana boleh!! Xkan sanggup hidup tanpa cinta insani. Mesti lah nak berkongsi segala2nya.. Suka duka dan segala kenangan yg menggamit rasa.. Oh,terlalu manis semua itu.’ Jawapan yg sering keluar dari bibir makhluk Allah. Saya sendiri pun pernah terfikir mcm 2. Namun, hati ini sering menjawab apa yg lebih penting hanyalah Allah.. Seiring dengan usia yg semakin bertambah… Pengalaman yg juga terisi dalam hidup mengajar bahawa pergantungan kita hanya pada Dia.. Tuhan Yang Maha Penyayang.. Mesti ada yg kata… ‘ Hbs 2,nak nafikan lumrah manusia?? Perlukan insan untuk menemani hidupnya?? Kl x,kenapa Allah jadikan Hawa untuk menemani Adam???’ Jawapan saya kat cni fahami erti kecintaan yg sebenarnya… Nie jawapan dari hati saya..

  So,saya cadangkan teliti bait2 kata dalam lagu terbaru UNIC… Atas Nama Cinta.. Kl dihayati seikhlas hati, pasti akan ditemui jawapan yg kt cari… Ok lah, kl kita cakap yg kita xdapat hidup tanpa cinta insani, cuba kita fikirkan balik… kenapa kita dijadikan Allah ke dunia nie?? Kenapa kita?? Bukan insan lain??? Pernah x terfikir yg kita ada kat cni sebab kasih sayang Nya… CintaNya pada kita… So,semua yg dikurniakna pada kita 2 adalah kerna cintaNya pada kita.. Termasuklah cinta insani. So,cuba kita pk lagi…<byk btul pk..xpe..membantu neuron dalam brain kita untuk jadi lebih aktif bila digunakan dgn banyak>..=) Apa hak kita untuk menyalahgunakan semua kasih sayang dan cinta Allah pada kita??? Maksudnya, Allah menyuruh hambaNya meninggalkan apa yg dilarangNya dan of course melakukan setiap suruhanNya… Haaa… Bab nie lah yg kita perlu semak betul2 dalam diri kita nie??? Siapa yg kita cari dulu bila ditimpa masalah?? Masalah 2 dugaan kan? Dan dugaan 2 datang dari Allah SWT…. So,mengadulah padaNya. Then, carilah insan yg Dia kurniakan pada kita untuk meluahkan apa yg terpendam d hati kita. Ingat… Insan 2 pun Allah yg kurniakan pada kita… Btul x???

  So, beralih pada cinta balik… Kl nak tahu,saya banyak cakap pasal nie… Coz… Saya berada d usia yg sentiasa dihujani dgn soalan tentang nie.. Sama dgn sahabat2 saya jugak… Kan?? huhuhu.. ngaku jelah…;) Ok,cinta sesama insan pun datang dariNya kan??? So,kl masa dugaan hadir kita dapat mengadu padaNya, kenapa kita xmengadu untuk serahkan cinta insani 2 padaNya jugak… Btul x??? Apa hak kita untuk tentukan segalanya sedangkan Dia Maha Penentu segala yg terbaik buat kita…

  So, jgn sesekali menidakkan hakikat kebenaran. Perkara yg benar itu nyata, yang salah juga sama..=) Cuba belajar untuk menerima hakikat walau sepedih mana ia.. InsyaAllah, pabila redha Allah itu sentiasa menemani hidup kita, tidak ada yg akan menggusarkan hati kita. Jika masa telah tiba untuk kita menerima cinta insani, Allah akan bukakan jalan seluas2nya untuk kita telusuri. Jadi, tidak ada gunanya untuk kita mencari jalan yg tertutup buat kita, maknanya yg xdibenarkan oleh Allah SWT. Akhir kalam, moga apa yg dikatakan ini dapat meresap dalam hati ini dan setiap perkara yg dilakukan diterima Pemilik diri ini… Dan moga ia juga dapat sama2 mnjadi nasihat buat kita renungkan bersama. Andai ada salah dan silap, jgn risau untuk menegur=) saya amat mengharapkanNya… Dia Yang Maha Mengetahui segalanya… Wallahu’alam.

September 12th, 2007 at 11:56 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink